REFLEKSI ICT
Integrasi ICT dalam pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.
Daripada hasil penulisan esei ini, saya dapat memahami pengubahsusian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan dan budaya di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan masa kini telah berubah dari pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran merangsangkan pemikiran dan kreativiti, mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar serta dapat memastikan semua pelajar berpeluang untuk membina konsep kendiri. Di samping itu, ibubapa dan masyarakat memainkan peranan yang aktif untuk merealisasikan halatuju perubahan dalam sistem pendidikan negara.
Dalam penulisan esei Integrasi ICT dalam pembelajara dan pengajaran ini, ’Smart Schoo Blueprint ‘ dan ‘Smart School Roadmap’ telah banyak membantu saya. Saya dapat memahami konsep pengintegrasian ICT ini dengan lebih mendalam . Walaupun saya menghadapi cabaran dan dugaan dari segi masa, akhirnya saya dapat jua menyempurnakan penulisan esei ini dengan berjaya. Saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada suami sekeluarga yang memberikan sokongan padu dan sokongan moral kepada saya.
Sebagai kesimpulan , saya berharap usaha saya mempelajari ICT akan meningkatkan kemahiran pengajaran ,meluaskan minda saya dalam dunia ICT.Pengetahuan yang saya perolehi melalui pembinaan blog amat berguna kepada saya sebagai guru ,terutama sekali dalam usaha menarik perhatian pelajar saya menyertai blog ini dan seterusnya membantu pembejaran mereka dengan lebih baik.Bolg ini telah meransangkan saya menjadi seorang pendidik berasaskan ICT yang tidak hanya berfokuskan kepada matapelajaran sahaja tetapi teknologi moden yang berkembang yang membantu pembelajaran kita. Ternyata kini teknologi moden sebenarnya membantu kita dalam pelbagai cara.Sebagai contoh E –Port folio telah memenuhi keperluan saya untuk menjadi guru wawasan berasaskan pengajaran yang akan membantu generasi pelajar masa hadapan.
No comments:
Post a Comment